Thursday 21 February 2013

KEDUDUKAN ADAB DALAM ISLAM

My Other Related Entry (Feel Free To Click The Link):

ADAB. AKHLAQ. TASAWWUF






Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada sebahagian para Sahabatnya : 
"Sesungguhnya kamu bertemu dengan saudara-saudaramu sekalian , maka percantikkanlah pakaian kamu,perbaikilah tunganggan kamu, sehingga kamu itu seolah-olah tahi lalat di kalangan manusia, Sesungguhnya Allah tidak menyukai ketidaksopanan dan kurang adab "[ berkata Syeikh Abdul Fattah :Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Imam Ahmad dan Al-Hakim dalam 'Mustadrak' daripada hadith Sahl bin Al-hanzaliah r.a]

Berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah : 
"Maksud disini (tahi lalat) adalah hendaklah mereka itu terserlah dengan kecantikan dan kebersihan mereka dengan bau-bauan yang harum dan penampilan yang kemas sepertimana jelasnya tahi lalat di rupa wajah yang cantik dan dengan tahi lalat itu wajah tersebut bertambah terserlah."

Berkata Al-Imam Al-Qurafi dalam kitabnya " Al-Faroq" ( ketika beliau sedang berbicara tentang kedudukan adab berbanding amal , dan menjelaskan bahawa adab lebih didahulukan mengikut turutan ) : 

"Ketahuilah bahawa Sesungguhnya sedikit daripada adab lebih baik dari banyaknya amalan ,oleh kerana itu telah berkata Ruwaim seorang yang alim dan soleh kepada anaknya : Wahai anakku jadikanlah amalanmu seperti garam,dan adabmu seperti tepung iaitu perbanyakkanlah beradab sehingga nisbahnya itu seperti banyaknya tepung daripada garam ( dalam adunan) ,maka banyaknya adab dalam keadaan amal yang sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tetapi kurang adabnya "[ dinaqalkan oleh Syeikh Abdul –Fattah Abu Ghuddah di dalam kitabnya 'min Adabi Alislam ]
Rujukan : Min adab Al-Islam oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

No comments:

Post a Comment